Secara kesimpulannya Kurikulum standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran.Kurikulum standard bagi matapelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi , mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru.
Bahasa Isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.
Kod Tangan ialah kod-kod serta isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai.
Ejaan Jari adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.
Jutaan terima kasih buat ahli keluarga, suami dan anak-anak saya yang banyak memberi sokongan dalam penghasilan laman blog ini. Diharapkan anda semua mendapat manfaat daripada blog Cikgu Suhaida...Terima kasih....
Untuk para guru dan ibu-bapa, apa kata kita rehat seketika dan lihat video tentang bagaimana para pelajar istimewa di ajar di dalam kelas mereka...selamat menonton...
Saya berharap video ini dapat membantu anda semua dalam mendalami kemahiran penggunaan bahasa isyarat...Diharapkan anda telah mendapat sebanyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai penggunaan bahasa isyarat ini....
Tajuk : Warna
Standard Kandungan : 2.13 Warna (kuning, biru, merah, hitam, putih)
Standard Pembelajaran : 2.13.1 melihat dan mengecam apa yang dilihat
2.13.2 meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
2.13.3 membentuk isyarat dan kod yang tepat
Bidang : Kemahiran Isyarat Visual
Tajuk : Cita – cita
Standard Kandungan : 2.7 Pekerjaan ( guru, polis, doktor, askar, bomba)
Standard Pembelajaran : 2.7.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
2.7.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
2.7.3 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Contoh :
Padankan gambar pekerjaan dengan kod isyarat yang betul
Untuk para guru dan ibu-bapa saya sediakan 2 contoh modul Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) sebagai perkongsian dan panduan bagi melatih anak-anak istimewa supaya mahir menggunakan BIK ini...
Bidang : Kemahiran Isyarat Visual
Tajuk : Arah
Standard Kandungan : 2.28 Arah
- Atas, bawah, depan, belakang
Standard pembelajaran : 2.28.1 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.28.2 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Aktiviti : Potong dan tampal gambar tikus mengikut isyarat
Contoh :
b) Isyarat Bawah
c) Isyarat Belakang
d) Isyarat Depan
Guru-guru dan Ibu-Bapa diinggatkan agar memperluaskan perbendaharaan kata menggunakan ketiga-tiga gambar bagi setiap arah untuk membentuk satu ayat yang lengkap...Selamat Mencuba...
Tuesday, 18 October 2011
http://www.youtube.com/watch?v=s0725Vz1B4I
0
ulasan
Seronoknya Belajar Bahasa Isyarat Komunikasi......
JOM KITA BELAJAR BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI..... BEST TAU..
Baiklah...kita sama-sama angkat tangan...Kita belajar ABC dulu......MULA...
Ok...macam mana ...baguskan...
Cuba ikuti pergerakan tangan bahasa isyarat di dalam video ini...
Macamana boleh ikuti tak?..Seronokkan?...Teruskan berlatih InsyaAllah pasti mahir menggunakan isyarat tangan ABC...
Cuba ikuti pergerakan tangan bahasa isyarat di dalam video ini...
Macamana boleh ikuti tak?..Seronokkan?...Teruskan berlatih InsyaAllah pasti mahir menggunakan isyarat tangan ABC...
Subscribe to:
Posts (Atom)