Tuesday 25 October 2011

Sekapur Sireh...Seuntai Kata Untuk dirasa bersama...


Secara kesimpulannya Kurikulum standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran.Kurikulum standard bagi matapelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi , mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru.

Bahasa Isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.

Kod Tangan ialah kod-kod serta isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai.

Ejaan Jari adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

Jutaan terima kasih buat ahli keluarga, suami dan anak-anak saya yang banyak memberi sokongan dalam penghasilan laman blog ini. Diharapkan anda semua mendapat manfaat daripada blog Cikgu Suhaida...Terima kasih....

0 ulasan:

Post a Comment

 
;