Tuesday 25 October 2011 0 ulasan

Sekapur Sireh...Seuntai Kata Untuk dirasa bersama...


Secara kesimpulannya Kurikulum standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran.Kurikulum standard bagi matapelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi , mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru.

Bahasa Isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.

Kod Tangan ialah kod-kod serta isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai.

Ejaan Jari adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang Berkeperluan Khas yang mengalami masalah pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

Jutaan terima kasih buat ahli keluarga, suami dan anak-anak saya yang banyak memberi sokongan dalam penghasilan laman blog ini. Diharapkan anda semua mendapat manfaat daripada blog Cikgu Suhaida...Terima kasih....

0 ulasan

Rehat seketika...


Untuk para guru dan ibu-bapa, apa kata kita rehat seketika dan lihat video tentang bagaimana para pelajar istimewa di ajar di dalam kelas mereka...selamat menonton...


Saya berharap video ini dapat membantu anda semua dalam mendalami kemahiran penggunaan bahasa isyarat...Diharapkan anda telah mendapat sebanyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai penggunaan bahasa isyarat ini.... 

0 ulasan

Jom mari kita buat bersama-sama.....



Setelah mempelajari beberapa kemahiran, apa kata kita lakukan sedikit latihan. InsyaAllah dengan latihan ini akan memantapkan lagi kemahiran para guru, ibu-bapa dan pelajar untuk memahirkan diri dalam penggunaan bahasa isyarat...Selamat mencuba..


Bidang                                   : Kemahiran Isyarat Visual
Tajuk                                                : Warna
Standard Kandungan         : 2.13 Warna (kuning, biru, merah, hitam, putih)
Standard Pembelajaran     : 2.13.1 melihat dan mengecam apa yang dilihat
                                                 2.13.2 meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
                                                 2.13.3 membentuk isyarat dan kod yang  tepat

Contoh                                  : Warnakan mengikut isyarat yang betul





Bidang                                   : Kemahiran Isyarat Visual
Tajuk                                                : Cita – cita
Standard Kandungan         : 2.7 Pekerjaan ( guru, polis, doktor, askar, bomba)
Standard Pembelajaran     : 2.7.1 Membezakan apa yang dilihat atau  dirangsang
                                                 2.7.2 Meniru pergerakan tangan yang  dilakukan oleh guru atau rakan
                                                 2.7.3 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Contoh                                  :
Padankan gambar pekerjaan dengan kod isyarat yang betul




1 ulasan

Modul Bahasa Isyarat Komunikasi



Untuk para guru dan ibu-bapa saya sediakan 2 contoh modul Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) sebagai perkongsian dan panduan bagi melatih anak-anak istimewa supaya mahir menggunakan BIK ini...



Bidang                                     : Kemahiran Isyarat Visual
Tajuk                                         : Arah
Standard Kandungan          : 2.28 Arah
-         Atas, bawah, depan, belakang
Standard pembelajaran        : 2.28.1 Memperluaskan   perbendaharaan kata secara umum
                                                   2.28.2 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Aktiviti                                     : Potong dan tampal gambar tikus mengikut isyarat

Contoh                                    :

a) Isyarat Atas
b) Isyarat Bawah
c) Isyarat Belakang
d) Isyarat Depan

Guru-guru dan Ibu-Bapa diinggatkan agar memperluaskan perbendaharaan kata menggunakan ketiga-tiga gambar bagi setiap arah untuk membentuk satu ayat yang lengkap...Selamat Mencuba...


Bidang                                   : Kemahiran Isyarat Visual

Tajuk                                                : Kenderaan   
Standard kandungan        : 2.24 Kenderaan
                                                 ( bas, basikal, kereta, motosikal)
Standard Pembelajaran   : 2.25.3 Mengisyarat / mengkod secara
                                                  kreatif
                                                 2.25.6 Bercerita bebas secara isyarat
                                                 atau lisan
Contoh                                  :

Membaca ayat mudah.





Tuesday 18 October 2011 0 ulasan

Seronoknya Belajar Bahasa Isyarat Komunikasi......




JOM KITA BELAJAR BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI..... BEST TAU..

Baiklah...kita sama-sama angkat tangan...Kita belajar ABC dulu......MULA...
Ok...macam mana ...baguskan...
Cuba ikuti pergerakan tangan bahasa isyarat di dalam video ini...




Macamana boleh ikuti tak?..Seronokkan?...Teruskan berlatih InsyaAllah pasti mahir menggunakan isyarat tangan ABC...

 
;